Tuesday, November 10, 2009

aku perlukan petunjuk

hati aku sangat sakit
hati aku keliru

aku mempunyai perasaan pada seorg lelaki
tapi aku juga mempunyai perasaan pada seorg perempuan
aku sayangkn kedua-duanya
pada lelaki itu..
aku mencintainya sebagai seorang kekasih

pada perempuan itu..
aku mencintainya sebagai seorg sahabat
lebih dari seorg sahabat..
aku merindui setiap manjaannya
aku suka dimanjakan olehnya
hatiku berdebar-debar tika dia menghampiriku
dia..tidak pernah mengetahuinya
pada mulanya..aku menafikan perasaan itu
kerana perasaan sebegitu lahir dari bisikan syaitan
tetapi, saban hari perasaan sayang itu bertambah kuat
aku sangat benci kerana aku tidak mahu terpesong dari landasan Tuhan
aku tidak mahu melanggar undang-undang alam
dan tambahan lagi, aku hanya mempunyai perasaan itu hanya pada dia..
perasaan 'cinta' pada seorg perempuan hanya pada dia
aku tetap perempuan biasa yang mempunyai nafsu pada lelaki
tetapi perasaan sayangku pada perempuan itu adalah perasaan sayang yang sentiasa ingin berdamping dengannya setiap masa..
perasaan sayang yang sentiasa inginkan perhatian darinya setiap masa..
tidak lebih dari itu..
dan aku hanya boleh memendamkan perasaan itu buat masa ini walaupun sakit

aku tak tau nk buat apa..
aku keliru
kadang2 aku rasa kosong
aku benci perasaan tu..
aku memerlukan bantuan dan nasihat dari sesiapa yang sudi menunjukkan jalan keluarku...

Sunday, September 13, 2009

aku manusia yang lemah

aku seorang manusia
manusia yang sangat lemah
setiap cabaran yang aku tempuh selama ini
hanyalah sedikit ketabahan yang aku lemparkan

aku ingin berada di landasanmu Tuhan
tapi aku adalah hamba yang sangat lemah untukmu
aku tidak mampu melebarkan sayap keimanan di dalam diri ini

setiap kali aku jatuh
aku hanya mampu menyalahkan keadaan
aku seringkali menghambarkan diri ini di atas ujian yang Kau berikan
aku masih inginkan petunjuk darimu
aku inginkan kekuatan dalam diri ini
aku ingin melawan setiap nafas nafsuku
agar dapat ku berlindung dibawah payungmu Ya Rabbi..
tetapi..
aku masih lagi seorang manusia yang lemah...